suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kekasih bekas isteri Tiger Woods maut helikopter terhempas di lautan pada hari lahir

Chris dilaporkan menjalani hubungan cinta dengan Elin Nordegren.

JUTAWAN lombong arang batu yang bercinta dengan bekas isteri pemain golf terkemuka Tiger Woods maut dalam nahas helikopter.

Insiden itu turut menggorbankan enam yang lain.

Chris Cline, 60, dalam perjalanan dari Bahamas menuju ke Fort Lauderdale, Florida ketika helikopter dinaikinya terhempas di Lautan Atlantik.

Dia dilaporkan sedang hangat bercinta dengan model Sweden Elin Nordegren yang juga bekas isteri Woods.

Rakan kepada Chris berkata anak perempuan taikun itu, Kamie Conover antara yang turut terkorban.

Gabenor Virginia Barat Jim Justice mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Chris.

"Chris membina empayar dan sering menghulurkan bantuan setiap masa. Lelaki yang baik, penyayang dan pemurah," katanya.

Chris sepatutnya meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-61 pada Jumaat.

Dia dibuang universiti pada usia 22 tahun dan mencuba nasib dalam industri arang batu. - Dailystar.co.uk

Artikel Lain