suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua tahun selepas adik tercekik stik, abang pula meninggal dunia akibat kejadian sama

Mangsa meninggal dunia pada Januari lalu.

SEORANG lelaki dari Britain meninggal dunia akibat tercekik hidangan stik di sebuah pub.

Kejadian malang melibatkan Gwyn Francis, 62, itu berlaku pada Januari lalu.

Pasukan perubatan turut dikejarkan ke lokasi kejadian.

Dia selepas itu dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan koma selama beberapa minggu sebelum meninggal dunia.

Dua tahun sebelum itu, abang mangsa, Kenneth turut mengalami kejadian sama di lokasi berkenaan.

Namun, dia sempat diselamatkan oleh seorang individu.

Ujar Kenneth, dia dan mangsa mempunyai tabiat suka menelan makanan tanpa mengunyah terlebih dahulu.

Malah, dia juga percaya tiada sesiapa cuba memberikan bantuan pernafasan kepada abangnya sewaktu kejadian berlaku. - Daily Star.

tercekik stik, pub, meninggal dunia

Artikel Lain