suria

Rakaman bigfoot dari tahun 1967 diproses semula, ramai dakwa ia benar-benar wujud

Paparan skrin rakaman berkenaan.

RAKAMAN yang memaparkan mahkhluk berbulu didakwa sebagai bigfoot ternyata menarik perhatian ramai.

Malah, ia seolah-oleh membuktikan bahawa makhluk gergasi itu benar-benar wujud.

Pemburu bigfoot, Roger Patterson dan Rob Gimlin mendakwa mereka melihat makhluk itu pada tahun 1967.

Rakaman itu mencetuskan perdebatan dan tidak berjaya dianalisa dengan baik memandangkan kualiti rakamannya sangat teruk.

Dengan teknologi masa kini, video berkenaan diproses semula.

Kebanyakan yang menonton rakaman itu percaya bahawa ia merupakan bogfoot yang sebenar.

"Tak mungkin ia lelaki yang memakai kostum. Ia terlalu terperinci, ia pastinya bigfoot yang betul," ujar seorang pelayar Youtube.

Rakaman ini juga pernah menjadi subjek penyiasatan saluran BBC pada 1998. - Daily Star.

Artikel Lain