suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar perempuan 13 tahun bergelut dengan penculik, "Dia cuba tutup mulut saya"

Pelajar perempuan bergelut dengan lelaki yang dipercayai cuba menculiknya.

TINDAKAN pantas seorang pelajar perempuan menolak seorang lelaki telah menyelamatnya daripada diculik.

Rakaman CCTV di depan rumahnya pelajar berusia 13 tahun itu menunjukkan dia menolak lelaki yang tidak dikenali yang cuba melarikannya.

Insiden berlaku yang berlaku pada 2 Julai lalu ketika remaja perempuan itu tiba di rumah selepas pulang dari sekolah.

"Saya menjerit sekuat hati seperti mempertahankan diri.

"Dia menarik leher saya...cuba untuk menutup mulut," ujar pelajar itu.

Selepas berjeaya melepaskan diri, dia terus berlari ke arah pintu dan meminta pertolongan.

Abangnya terus keluar dan cuba berdepan dengan penyerang itu.

Namun suspek melarikan diri.

Dalam tempoh 24 jam, polis telah menangkap suspek berusia 24 tahun, Jarrod James.

Lelaki itu mempunyai rekod lampau seperti membahayakan kanak-kanak, serangan dan percubaan menculik. - mirror.co.uk

Nyaris diculik, pelajar, perempuan

Artikel Lain