suria

Upah pengasuh, Meghan-Harry pecah tradisi diraja

Meghan dan Putera Harry bersama putera sulung mereka. Foto PA Wire/PA Images

MEGHAN Markle dan Putera Harry akan memecahkan tradisi diraja dengan pengambilan pengasuh diraja, menurut paakr sejarah diraja.

Meghan melahirkan putera sulung, Archie Harrison Mountbatten-Windsor pada 6 Mei lalu.

Pasangan diraja itu menunjukkan anak mereka kepada dunia hanya tiga hari kemudian, dengan Putera Harry kembali bertugas selepas itu.

Meghan bagaimanapun bercuti bersalin selama enam minggu, menghabiskan masa dengan anaknya.

Bagaimanapun, dipercayai dia hanya akan mengambil cuti bersalin tiga bulan.

Selepas itu, pengasuh diraja akan diupah untuk menjaga Archie Harrison. - Mirror UK


Artikel Lain