suria

Tukang cuci kantoi tidur semasa kerja, tapi reaksi pemilik restoran amat mengejutkan

Rakaman CCTV menunjukkan seorang tukang cuci tidur semasa bertugas di sebuah restoran.

RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang tukang cuci tidur semasa bertugas di sebuah restoran popular.

Pekerja itu dirakamkan sedang berdengkur di sofa di restoran Milky Lane di Sydney, Australia, sebelum memulakan tugasannya.

Bagaimanapun, salah seorang pemilik restoran tersebut mempertahankan tindakan pekerjanya itu.

Segelintir netizen mencadangkan agar majikan, Christian Avant memecat pekerja tersebut tetapi reaksi yang berbeza daripada Avant amat mengejutkan.

"Jumpa rakaman ni di CCTV tetapi jujurnya suapa yang tidak terlelap di Milky Lane sebelum ni," ujar ahli perniagaan itu secara berseloroh.

"Selagi kerjanya selesai, kita semua baik-baik saja.... kehidupan memenatkan pada masa yang terbaik," tambahnya.

Avant berkata, pekerjanya itu telah membersihkan dua lokasi lain sebelum tiba di restoran berkenaan pada kira-kira pukul 3 pagi. - Mirror UK

tidur, tukang cuci, Milky Lane, majikan

Artikel Lain