suria

Pembunuh enggan mohon maaf kepada keluarga mangsa sebelum dihukum mati

Susanne Reid (kiri) menemubual Billie Wayne Coble beberapa hari sebelum dia dihukum mati. Foto MultiStory Media

SEORANG banduan berdepan dengan hukuman mati kerana membunuh keluarga isterinya.

Billie Wayne Coble menghabiskan masa 30 tahun di penjara kerana menembak mati ibu bapa dan abang isterinya di Texas, Amerika Syarikat pada Ogos 1989.

Bagaimanapun, Coble, 70, enggan memohon maaf kepada keluarga mangsa ketika ditanya mengenai permohonan maaf oleh seorang pengacara program TV.

Sesi temubual dibuat beberapa hari banduan tersebut dihukum mati.

Hanya tersenyum, dia berkata: "'Kepada segelintir orang, ia penting, bagi saya, ia tidak lagi penting.

Pengacara, Susanne Reid dari program Good Morning Britain bertanya sama ada banduan itu mahu memohon maaf kepada keluarga isterinya.

"Baiklah, jika anda mahu saya bercakap sesuatu atau memohon maaf, saya maksudkan, saya sudah katakan bahawa saya menyesal apa yang berlaku.

"Sekarang saya menyesali apa yang berlaku. Tetapi saya juga sangat menyesal banyak perkara dalam hidup," katanya.

Coble merupakan banduan paling tua yang dihukum gantung oleh Texas sejak Amerika Syarikat menyambung semula pelaksanaan hukuman mati pada 1982. - Metro UK

Artikel Lain