suria

Isteri lelong koleksi bola sepak gara-gara bengang suami ke stadium dengan wanita lain

Paul dirakam di televisyen sedang menonton perlawanan bola sepak bersama seorang wanita.

JANGAN biarkan isteri anda mengamuk, kerana buruk padahnya!

Seorang wanita yang bengang dengan suaminya gara-gara menonton bola dengan wanita lain ketika perlawanan Manchester City bertemu Brighton pada 13 Mei lalu.

Shelly Cohen,41, dari Warrington, Cheshire ‘panas hati ‘dengan suaminya Paul yang berusia 35 tahun kerana kantoi dilihat bersama seorang wanita dalam satu perlawanan bola sepak.

Lebih membuatkan Cohen marah kerana suaminya memberitahu dia sedang bekerja.

Antara koleki berharga Paul yang dijual isterinya. Foto: Shelly Cohen/Paul Cohen

Cohen mengetahui perkara tersebut selepas kawan baiknya ternampak Paul ketika menonton di televisyen.

Menurut Paul, dia tidak mengenali wanita itu yang hanya duduk di sebelahnya.

Namun, malangnya Cohen tidak percaya dengan penjelasan suaminya itu.

Disebabkan terlalu sakit hati, Cohen menjual semua koleksi kesayangan bola sepak milik suaminya dengan harga luar biasa, hanya 5 paun.

Mengikut nilai pasaran, semua koleksi Pual bernilai 45,000 paun (RM237,749) kerana ia mempunyai nilai sentimental termasuk koleksi yang berusia 60 tahun.

“Saya tidak tahu berapa kali dia menipu saya? Berapa kali ia terjadi? Sejak kebelakangan ini dia selalu keluar bekerja, tetapi semuanya bohong,” ujarnya kepada The Sun.

Ternyata Paul amat kecewa dengan tindakan isterinya itu.

“Saya sedar tidak patut menipunya tetapi dia memberi waktu yang sukar untuk saya jika tidak bersamanya di hujung minggu.

“Saya tidak akan memaafkan apa yang telah dia buat. Satu reaksi yang sangat kejam,” ujar Paul. – metro.co.uk

jual koleksi, bola sepak, tipu, suami

Artikel Lain