suria

Permainan di fun fair runtuh, remaja perempuan kritikal dan 27 kanak-kanak cedera

Salah satu permainan di fun dfair runtuh menyebabkan kecederaan 28 orang kanak-kanak. Foto: EFE

SEORANG parah manakala 27 yang lain cedera selepas selah satu permainan yang dikenali ‘Super Cooking Pot’ runtuh di tapak pesta ria (fun fair) pada Sabtu.

Remaja perempuan berusia 13 tahun yang berada di tempat kejadian di San Jose de la Rincinada, berhampiran Seville kini sedang bertarung nyawa, manakala yang di turut mendapat rawatan.

Kejadian itu dilaporlan berpunca akibat daripada kegagalan bekalan elektrik yang menyebabkan cakera yang berpusing itu  jatuh.

Datuk Bandar, Javier Fernandez memberitahu insiden ini mengejutkan semua orang dan mahu pihak berkenaan mencari orang yang bertanggungjawab menyebabkan insiden ini berlaku.

“Kami harap semua kanak-kanak cepat sembuh daripada pengalaman yang melibatkan psikologi dan fizikal ini.”

Insiden seperti ini bukan kali pertama berlaku apabila pada tahun 2014, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun meninggal dunia kerana terkena kejutan elektrik dari permainan yang sama. - Metro.co.uk

fun fair, runtuh

Artikel Lain