suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dirogol sampai patah tulang belakang, budak 5 tahun lumpuh

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun terpaksa menggunakan kerusi roda akibat lumpuh selepas dirogol saudara lelaki. Foto Reuters

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun lumpuh selepas dirogol di Sierra Leone di Afrika Barat.

Perbuatab kejam itu mengakibatkan mangsa patah tulang belakang.

Mangsa lumpuh dari paras pinggang hingga bawah, selepas diperkosa oleh seorang saudara lelaki berusia 28 tahun, setahun lalu.

"Dia mungkin tidak boleh berjalan lagi, dan saya marah dengan kejadian yang berlaku," kata nenek mangsa kepada Reuters.

Kanak-kanak malang itu kini terpaksa bergerak menggunakan kerusi rodal

"Orang yang melakukan perkara ini telah merosakkan hidup dia dan patut meringkuk dalam penjara," tambah nenek mangsa.

Tertuduh telah dipenjarakan di atas kesalahannya.

Mangsa bagaimanapun masih tidak dapat berjalan selepas 12 bulan kejadian berlaku. - Mirror UK

rogol, lumpuh

Artikel Lain