suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tumbuk pakar bedah jantung hingga mati kerana ditegur merokok di hospital

Pelaku akhirnya dipenjara 10 tahun akibat perbuatan itu. Gambar Hiasan: The Fulcrum

SEORANG lelaki seolah-olah 'hilang akal' apabila ditegur agar tidak merokok di kawasan hospital.

Menerusi kejadian di Melbourne, Australia itu, Jospeh Esmaili menumbuk kepala seorang doktor bedah kerana berang ditegur.

Mangsa, Pritzwald Stegmann yang juga pakar bedah jantung meninggal sehari selepas kejadian.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di perkarangan Hospital Box pada Mei 2017.

Sewaktu ditumbuk, Stegmann terjatuh sebelum kepalanya terhantuk di atas lantai.

Esmaili yang berusia 24 tahun melarikan diri dari lokasi kejadian.

Namun, dia ditahan polis keesokan harinya.

Perbicaraan mahkamah akhirnya menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun enam bulan ke atas pemuda itu. - Daily Star.

Artikel Lain