suria

Bakal pengantin tak izin anak saudara tunang pakai baju ala Captain Marvel ke majlis kahwin

Seorang kanak-kanak perempuan mahu memakai baju berinspirasikan Captain Marvel ke majlis perkahwinan bapa saudaranya. Foto Dumfries And Galloway Standard (Gambar kanan) Foto Getty Images/iStockphoto/Mirror UK

SEORANG bakal pengantin mencetuskan perdebatan di media sosial selepas mendedahkan dia tidak akan membenarkan anak saudara tunangnya memakai baju berinspirasikan adiwira pada majlis perkahwinannya.

Budak itu dan keluarga iparnya memilih baju warna merah dan biru, kelihatan seperti watak ikonik Captain Marvel.

Bakal pengantin bagaimanapun memberitahu supaya mempertimbangkan semula cadangan tersebut.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, dia memuat naik gambar pakaian budak perempuan itu dan menulis: "Saya di rumah bakal ipar dan mereka melilih pakaian ini untuk anak saudara tunang saya.

"Saya beritahu mereka untuk pergi membeli yang lain. Adakah ada orang yang benar-benar tak faham apa yang harus dipakai pada majlis perkahwinan?"

Segelintir netizen yang bersetuju dengan pengantin itu dan berfikir kanak-kanak tersebut seharusnya memilih pakaian lebih formal sesuai dengan majlis.

"Ia adalah majlis perkahwinan yang formal, jadi tidak sesuai untuk dipakai," kata seorang netizen.

Namun, ada yang menyifatkan perkara tersebut tidak wajar dipertikaikan untuk apa yang perlu dipakai oleh seorang kanak-kanak.

"Biarlah budak tu pakai. Ia sekadar pakaian," kata seorang netizen.

"Siapa peduli apa yang kanak-kanak pakai," ujar seorang lagi. - Mirror UK

pengantin, Captain Marvel

Artikel Lain