suria

Mahu kahwini robot, lelaki dedah pernah bercinta dengan lampu sewaktu kecil

Dia membeli robot itu menerusi internet pada 2017.

BENARLAH orang kata cinta itu buta.

Seorang lelaki dari Maryland, Amerika Syarikat (AS) mengaku jatuh cinta kepada sebuah robot.

Joey Morris juga meluahkan hasrat untuk berkahwin dengan RoboTroll itu.

Berusia 29 tahun, Joey berkata dia sudah jatuh hati dengan robot itu sejak dua tahun lepas.

Sebelum ini, Joey pernah bercinta dengan lampu, lori transformer dan figura halloween.

Imbas Joey, RoboTroll itu dibeli menerusi dalam talian pada Disember 2017.

"Saya sedar mula tertarik kepada objek sejak berusia 10 tahun.

"Saya ingin berkawan dengan lampu di sekolah. Cikgu dapat tahu dan keluarkan lampu itu.

"Kini saya memandang ke hadapan untuk bersama RoboTroll. Saya akan bawa dia bercuti ke Orlando, Florid," ujar Joey lagi. - Daily Star.

Joey Morris, RoboTroll

Artikel Lain