suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyelam hanya minta piza selepas berjaya dikeluarkan dari gua

Bratchley berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam sebuah gua.

PENYELAM warga Britain yang menyelamatkan jurulatih dan 12 pemain bola sepak Thailand tahun lalu hanya mahu makan piza sebaik saya diselamatkan selepas terperangkap di dalam sebuah gua selama 28 jam.

Josh Bratchley menyelam dalam sebuah gua di Jackson County, Tennessee dengan sekumpulan penyelam lain sebelum dia gagal muncul di permukaan kira-kira pukul 3 petang Selasa.

Penyelam lain mencarinya selama beberapa jam tetapi gagal menemui Bratchley sekali gus bimbang tentang keselamatannya.

Selepas pihak berkuasa dimaklumkan awal pagi Rabu, dua penyelam berpengalaman dari Amerika Syarikat (AS) diterbangkan khas untuk membantu misi pencarian Bratchley.

Josh Bratchley.

Mereka menerokai gua berkeluasan 400 kaki persegi kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan dan berjaya menemui Bratchley yang akhirnya timbul di permukaan sejam kemudian.

Pegawai penyelamat Derek Woolbright berkata:"Dia dalam keadaan sedar, berjaga-jaga dan berorientasi. Satu-satunya permintaan dia sebaik timbul di permukaan air adalah dia mahu makan piza.

Bratchley kemudian diperiksa oleh doktor yang mendapati dia dalam kedaaan stabil dan enggan memerlukan rawatan doktor. - Metro.co.uk

penyelam, Josh Bratchley, gua

Artikel Lain