Lelaki 'bersenjatakan' iguana gagal pukul pengurus restoran, akibatnya haiwan itu cedera - Dunia | mStar

Lelaki 'bersenjatakan' iguana gagal pukul pengurus restoran, akibatnya haiwan itu cedera

Copper terpaksa dibedah kerana retak tulang kaki akibat kekecoahan di restoran berkenaan.

ARNOLD Teeter berkelakuan agak pelik ketika melangkah masuk ke Restoran Perkins di Painesville, Ohio.

Lelaki berusia 49 tahun itu duduk sebelum melemparkan buku menu kepada pelayan premis berkenaan.

Situasi itu menyebabkan menarik perhatian pelanggan lain tertumpu padanya, menyebabkan pengurus restoran itu tampil dan cuba menenangkannya.

Tetapi Teeter bertindak sebaliknya.

Menurut polis, lelaki itu tiba-tiba menarik 'sesuatu' dari dalam bajunya iaitu iguana sepanjang 0.5 meter untuk memukul kepala pengurus berkenaan.

Tetapi tindakannya itu gagal apabila haiwan peliharaannya itu terjatuh ke lantai.

Sebahagian kejadian itu dirakam kamera pemantauan restoran itu, termasuk ketika Teeter mengangkat iguana itu dan keluar dari premis berkenaan.

Leftenan Toby Burgett memberitahu The Washington Post, tindakan Teeter itu menyebabkan dia ditahan hanya kira-kira 30 minit selepas kejadian itu.

Teeter yang mempunyai rekod jenayah lampau ditahan lagi.

Ketika ditahan, Teeter sedang berjalan dalam keadaan yang tidak menentu hingga mengganggu laluan trafik.

Dia juga mengaku iguana bernama Copper itu miliknya.

Hasil pemeriksaan pihak veterinar mendapati, Copper dalam keadaan kesihatan yang tidak baik termasuk masalah tulang kaki retak dan perlu dibedah.

Malahan, akibat kejadian di restoran itu sebahagian ekor Copper juga terputus.

"Kami pernah berdepan kes kekejaman terhadap binatang tetapi ini pertama kali melibatkan iguana," kata Burgett.

Teeter yang mempunyai beberapa rekod jenayah telah didakwa kerana berkelakuan tidak menentu dan bertindak kejam terhadap haiwan.-TheWashingtonPost



iguana , Teeter , Ohio

Artikel Lain