Hero selamatkan jurulatih, 12 pemain bola sepak Thailand hilang dalam gua ketika menyelam - Dunia | mStar

Hero selamatkan jurulatih, 12 pemain bola sepak Thailand hilang dalam gua ketika menyelam

Josh Bratchley.

PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) berusaha menjejaki penyelam warga Britain yang pernah menyelamatkan 12 kanak-kanak tersesat dalam sebuah gua di Thailand.

Josh Bratchley merupakan antara individu yang terlibat dalam misi pencarian 12 pemain bola sepak dan jurulatih mereka pada Julai tahun lalu.

Bratchley kini dilaporkan hilang dalam sebuah gua di Tennessee, Amerika Syarikat (AS).

Panggilan kecemasan diterima mengenai laporan seorang lelaki yang menyelam di sebuah gua tiba-tiba gagal dikesan.

Difahamkan Bratchley tidak pulang selepas memasuki gua tersebut.

Bratchley didapati tidak keluar dari gua ini selepas melakukan aktiviti menyelam.

Pasukan SAR dikejarkan ke lokasi kejadian dengan penyelam berpengalaman turut menyertai misi pencarian tersebut yang dilakukan sejak awal pagi Rabu.

Naib Presiden Majlis Penyelamatan Gua British, Bill Whitehouse berkata:"Terdapat seorang penyelam Britain yang hilang selepas menyelam di sebuah gua di Tennessee, lokasi dikenali sebagai Gua Mill Pond, Flynn Creek di Gainsboro.

"Dia pergi menyelam pada Selasa, saya difahamkan untuk menggantikan penanda arah di kawasan ditenggelami air dalam gua tersebut dan dia tidak pulang dari misi itu.

"Beberapa penyelam lain pergi mencarinya tetapi gagal. Apabila usaha mencari buntu, mereka keluar dari gua tersebut memaklumkan mengenai kehilangan Bratchley," katanya.

12 pemain bola sepak Thailand dan jurulatih mereka berjaya diselamatkan pada tahun lalu.

Pihak berkuasa pada malam Rabu memberitahu mereka masih belum dapat mengesan lokasi Bratchley ketika ini.

Difahamkan Bratchley pernah menyelam beberapa kali dalam gua tersebut sebelum ini. - Mirror.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain