suria

Bekas Presiden Peru maut tembak diri sendiri ketika cuba ditahan polis

Alan Garcia.

BEKAS Presiden Peru, Alan Garcia meninggal dunia selepas menembak dirinya sendiri ketika cuba ditahan polis di kediamannya kerana terlibat dengan skandal rasuah.

Berita kematiannnya disahkan oleh Presiden Peru, Martin Vizcarra.

Sebelum itu, Garcia dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan segera dan berada dalam keadaan kritikal.

Difahamkan Garcia terpaksa diberi bantuan pernafasan sebanyak tiga kali dan masih ditempatkan di bilik bedah.

Laporan menyebut dia pergi ke bilik tidurnya ketika polis muncul di kediamannya pada pagi Rabu sebelum bertindak menembak dirinya sendiri.

Beberapa pegawai memberikan pertolongan cemas dan membawanya ke hospital dengan kawalan ketat polis.

Peguam Garcia mengesahkan bekas presiden itu menembak dirinya sendiri dan sedang menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru di kepalanya.

Bekas presiden berusia 69 tahun itu sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah daripada sebuah syarikat Brazil semasa pembinaan kereta api elektrik di Lima, Peru.

Seorang hakim mengarahkan penahanan awal Garcia dan sembilan yang lain termasuk bekas setiausahanya, Luis Nava selama 10 hari. - Mirror.co.uk

Alan Garcia, bekas presiden, Peru

Artikel Lain