Rangka pendaki ditemui dirantai pada pokok selepas dua tahun hilang

Beberapa gari dan mangga turut ditemui di lokasi rangka pendaki itu ditemui.

POLIS di Rusia berjaya merungkai misteri kehilangan seorang pendaki yang hilang sejak dua tahun lalu selepas rangka miliknya ditemui dirantai pada sebatang pokok di dalam hutan tebal.

Usaha mencari pendaki Ivan Klyucharev, 30, yang hilang sejak Mei 2017 menemui jalan buntu sehingga penemuan rangkanya ditemui di Shatura, Moscow.

Penguatkuasa undang-undang berkata punca utama kematian Klyucharev masih samar.

Namun berdasarkan bukti ditemui, mereka mendapati Klyucharev mungkin mengamalkan tabiat seks pelik yang menjadi punca kematiannya. 

Selain itu, Klyucharev yang juga bekerja dengan syarikat kurier dipercayai dibunuh.

Ivan Klyucharev.

Rangkanya ditemui dalam keadaan berbaring dan dia turut digari.

Turut ditemui berhampiran rangka tersebut adalah khemah milik pemuda itu, sebuah kamera, lima set gari, tiga rantai logam dan enam mangga.

Polis sedang menyiasat kad memori kamera itu dan komputer milik mangsa yang menunjukkan bukti dia mengamalkan tabiat seks pelik.

Beberapa laporan menyebut hanya tangan kirinya yang digari dan dirantai pada sebatang pokok.

Seorang saksi memberitahu dia menjumpai tengkorak dipercayai milik Klyucharev yang masih memakai hud kepala.

Beberapa serpihan tulang turut ditemui dalam keadaan ditutupi daun-daun kering. - Metro.co.uk

pendaki, hilang, rangka, gari

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain