suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tular lelaki Arab sewa bangunan pusat beli-belah, 'shopping' sambil naik kereta

Dua lelaki Arab yang tidak dikenali menyewa seluruh bangunan pusat-beli belah dan memandu di dalamnya.

VIDEO dua lelaki Arab berkunjung ke sebuah pusat beli-belah tular di media sosial selepas mereka dilihat menaiki kereta di salah satu tingkat bangunan itu.

Dalam klip tersebut, dua lelaki dilihat menaiki kereta yang dipandu oleh salah seorang daripada mereka di dalam Al Qasr Mall di Riyadh.

Seorang pengawal keselamatan di pusat beli-belah itu dilaporkan merakam kejadian berkenaan yang mana sebuah kereta bergerak di dalam bangunan itu sebelum kereka itu berhenti di depan pintu sebuah premis.

Dua lelaki berkenaan kemudian keluar dari kereta dan pergi membeli-belah.

Dalam video tersebut, pengawal keselamatan yang sama dapat didengar berkata bahawa lelaki itu telah menyewa seluruh bangunan untuk dia membawa masuk kereta dalam pusat membeli-belah.

Tarikh dan masa sebenar kejadian tidak dapat disahkan pada masa ini. -KhaleejTimes

beli-belah, Arab, kereta

Artikel Lain