suria

Pastor gereja dikecam minta kanak-kanak ludah, toreh badannya dalam sesi 'aneh' Hari Easter

Paparan skrin dari video yang tular. -fotoNBC

SEBUAH gereja di Ohio membuat permohonan maaf selepas menggalakkan kanak-kanak menoreh badan seorang pastor dengan pisau sebagai sebahagian daripada pembelajaran tentang Hari Easter.

Pada Isnin, kanak-kanak yang menghadiri sesi pembelajaran tentang Hari Easter dan Jesus di Gereja Impact City di Columbus, Ohio, disuruh menoreh badan Pastor Bersekutu Jaddeus Dempsey menggunakan pelbagai kaedah.

Video yang tular di media sosial mengenai acara itu menunjukkan seorang budak menoreh bahagian belakang lelaki itu dengan pisau besar, sementara yang lain menampar dan meludah kepadanya.

Ia kononnya untuk menggambarkan kesakitan yang terpaksa dilalui Jesus untuk manusia, tetapi beberapa pelajar dalam acara itu berkata ia menimbulkan kekeliruan.

Ai'Janae Parker, pelajar berusia 12 tahun yang hadir memberitahu NBC News bahawa ia adalah 'pelik dan janggal'.

"Jesus berbuat demikian untuk kita, jadi kita tidak perlu melaluinya. Itulah bahagian yang saya tidak faham."

Ketua Pastor Justin Ross telah menyiarkan posting di Facebook memohon maaf kerana amalan yang 'tidak sesuai', sementara Dempsey pula bersetuju ia keterlaluan untuk peserta muda.

Kajian semula dan siasatan secara formal juga dijalankan. -Newshub

Hari Easter, Jesus, toreh

Artikel Lain