suria

Penat, 'takde mood' punca singa mengamuk serang tuan

Kouta tidak menyalahkan singa yang menyeragnya.

AKIBAT penat dan belum menyesuaikan diri dengan tempat baharu, seekor singa pertunjukan sarkas mengamuk kepada pelatihnya.

Hamada Kouta,32, diserang singa ketika mengadakan pertunjukan di hadapan pengunjung termasuk kanak-kanak.

Menurut Kouta, dia memanggil seekor singa (pertama), namun singa kedua keluar daripada kandang dan terus menyerangnya.

“Saya cuba menghalang dan menenangkannya, namun dia enggan kembali ke tempat duduk. Saya berundur ke belakang dan terlanggar sebuah kerusi lalu terjatuh terjatuh.

“Singa itu melompat dan menggigit, namun terima kasih Tuhan kerana bukan di bahagian leher.

“Dua gigitan di kaki, lengan dan di bahagian belakang,” ujarnya yang bekerja bersama 10 ekor singa.

Kouta akan terus melakukan persembahan bersama 'anak-anaknya'.

Kesemuanya telah dimasukkan ke dalam kandang selepas insiden tersebut.

“Saya memanggil kanak-kanak yang melihat kejadian itu kerana mereka takut. Penting buat saya untuk melihat mereka ada sebagai penonton.

“Haiwan-haiwan ini berbeza. Ia serius, dan tidak pernah menipu. Tetapi jika anda melebihi had, ia mungkin akan berlaku kesilapan…  

“Apabila haiwan menyerang pelatih, 99 peratus adalah kesalahan pelatih. Bagaimana pun 'mereka' adalah ‘anak-anak’ saya, jadi saya tahu apa yang berlaku.

“Tetapi ia tidak akan berakhir dengan kematian kerana ia adalah anak-anak saya. Saya percayakannya lebih daripada mempercayai manusia,” katanya.

Kouta mengakui insiden itu berpunca kerana singa-singanya itu baharu tiba di lokasi baharu.

“Tidak cukup masa untuk sesuaikan diri kerana sebaik sahaja tiba di sini, persembahan terus bermula. Semua ‘stress’ yang menyebabkan serangan berlaku.

“’Mereka’ boleh hilang 'mood' seperti manusia,” tambahnya.

Pertunjukkan haiwan tidak dibenarkan di sebahagian daerah di Ukraine, namun Bandar Lugansk tidak termasuk dalam peraturan Kiev.-Metro.co.uk

Singa, penat, serang

Artikel Lain