suria

Seorang lelaki 'tidak bertuah' ikut nasihat ibu mertua lempar syiling ke enjin pesawat

Xia dilihat membaling wang syiling ke arah enjin pesawat yang dinaikinya.

SEORANG lelaki dihalau daripada menaiki sebuah pesawat selepas dipercayai melempar beberapa keping duit syiling ke arah enjin kapal terbang.

Lelaki yang dikenali sebagai Xia,30, melakukan perbuatan itu kerana mempercayai ia boleh mendatangkan tuah.

Pihak keselamatan dan pegawai lapangan terbang tidak bersetuju dengan alasan tersebut dan menahannya demi keselamatan penumpang lain.

Bapa kepada seorang anak itu dalam perjalanan menaiki Hainan Airlines untuk ke Urumqi di bahagian selatan China.

Tiga keping duit syiling ditemui berdekatan dengan enjin kapal terbang.

Xia memberitahu, ini pertama kali anak perempuannya yang berusia empat bulan menaiki kapal terbang.

Disebab itu, ibu mertuanya menyuruh Xia melempar beberapa keping duit syiking ke arah pesawat untuk mendapatkan tuah.

Xia ditahan selama 10 hari di Wuhan, manakala isteri dan anaknya meneruskan perjalanan ke Urumqi.

Kakitangan lapangan terbang menemui tiga keping syiling berdekatan dengan enjin pesawat.

Penerbangan tersebut tertunda selama 40 minit gara-gara tindakan Xia itu. – metro.co.uk

duit syiling, tuah, kapal terbang

Artikel Lain