suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akaun IG Harry-Meghan pecah rekod dunia, cecah sejuta pengikut dalam 6 jam

KURANG enam jam selepas dilancarkan, akaun Instagram pasangan diraja Britain, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle memecah rekod apabila mencecah angka sejuta pengikut.

Perkara itu diumumkan Rekod Dunia Guinness pada Rabu.

Akaun pasangan diraja Sussex yang setakat ini hanya memuat naik satu posting simbol monogram dengan nama mereka dilancarkan pada Selasa dan hingga kini melonjak kepada 2.7 juta pengikut.

"Kami mahu berkongsi sebarang sokongan, pandangan dan pengumuman serta mengetengahkan sebarang peluang berkaitan sebarang isu," demikian kata mereka.

Hanya beberapa minggu lagi, pasangan ini bakal menimang cahaya mata pertama mereka.

Pasangan ini telah memecah rekod yang sebelum ini disandang penyanyi K-pop Korea Selatan, Kang Daniel yang memperoleh sejuta pengikut dalam masa 11 jam, 36 minit.

Sebelum ini, Meghan yang juga bekas aktres menerusi siri televisyen Amerika Syarikat, Suits telah memadam semua akaun media sosial peribadinya menjelang pernikahan dengan Harry pada Mei 2018.-AFP



Meghan, Harry, IG, Guinness

Artikel Lain