suria

Beli minuman RM1.80, lelaki amuk kata awek tak layak jadi isteri

Gambar hiasan.

TERDAPAT pelbagai sebab yang mencetuskan pergaduhan antara pasangan kekasih.

Namun berbeza pula dengan pasangan kekasih dari China ini yang bertengkar gara-gara sebotol minuman bergas.

Kedengaran pelik tapi kisah ini benar-benar berlaku.

Menurut ET Today, gadis itu bercerita mengenai kisah dia dimarahi teman lelakinya di Weibo pada 31 Mac lalu.

"Hari ini saya keluar dengan teman lelaki saya dan saya tidak minum sebarang minuman. Sebelum balik, saya amat dahaga jadi saya pun pergi beli sebotol Coke.

"Namun sebaik sahaja teman lelaki saya melihat saya minum minuman itu, dia amat marah," katanya.

Gadis itu turut menceritakan punca yang menimbulkan kemarahan teman lelakinya.

"Dia kata saya membazir dan tiada ciri-ciri untuk dijadikan isteri," kata gadis itu.

Sebotol Coke itu hanya berharga RMB3 (RM1.80) dan gadis tersebut berkata ia tidak mahal.

Pasangan itu bercinta selama tujuh tahun.

"Kamu masih tidak tahu mengapa saya marah dekat kamu hari ini? Kita sepatutnya menghabiskan hidup bersama-sama dan apa sahaja kita lakukan sekarang adalah untuk membina masa depan bersama.

"Kita sudah mahu pulang tetapi kemudian anda beli sebotol coke. Adakah anda fikir ia perlu? Minuman itu tidak bagus untuk kesihatan.

"Selain itu kita sudah menjerang air dirumah yang lebih baik daripada minuman itu," kata lelaki berkenaan.

Pada masa sama, lelaki itu turut membandingkan gadis tersebut dengan teman wanita rakannya yang membawa sendiri air dari rumah setiap kali mereka keluar bersama.

"Wanita seperti ini adalah isteri mata duitan. Perjalanan kita masih panjang. Saya harap apa yang berlaku hari ini tidak berulang lagi.

"Saya mencari wanita yang bijak berbelanja dan mengurus rumah tangga, bukan seseorang yang suka membazir," katanya. - Worldofbuzz.com

Coke, gaduh, kekasih

Artikel Lain