suria

Pendandan rambut hubungi kakak, beritahu ingin tonton Netflix sebelum ditemui mati

Siasatan bagaimanapun mendapati wanita itu meninggal dunia setelah mengambil minuman campuran wain dan ubat kesihatan mental.

SEORANG wanita menghubungi kakaknya pada malam dia meninggal dunia dan memberitahu mahu pulang ke rumah untuk menonton laman penstriman video, Netflix.

Wanita itu, Hannah Pruden turut menghubungi talian kecemasan 999 pada malam sama sambil menangis.

Kejadian pada malam Halloween tahun lalu itu menemukan Hannah di atas sofa di pangsapuri bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri, sejurus dua panggilan itu.

Siasatan bagaimanapun mendapati wanita dari Seaforth, Merseyside, England itu meninggal dunia setelah mengambil minuman campuran wain dan ubat kesihatan mental.

Menurut laporan, pendandan rambut berusia 32 tahun itu turut terlibat dengan ketagihan dadah.

Kakaknya, Chloe turut mengimbas malam kematian kakaknya menerusi satu inkues di mahkamah tempoh hari.

"Saya sedang bergembira dengan anak-anak, bermain labu.

"Dia kata nak pulang ke rumah dan tonton Netflix sambil berendam dalam tab mandi," ujar Chloe. - Daily Star.

hannah pruden, mati, netflix

Artikel Lain