suria

Maut terkena renjatan elektrik ketika selamatkan anjing

Dua sahabat itu tidak menyedari ada arus elektrik dibawah jambatan tersebut.

SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun dan rakannya maut terkena renjatan elektrik ketika cuba menyelamatkan anjing peliharaannya yang terjatuh ke dalam tali air.

Insiden berlaku ketika Jacob Hourmousuz dan Jacob Schneider memegang jambatan elektrik di sebuah tali air di California Utara pada Isnin lalu.

Anjing peliharaan Schneider yang diberi nama Ranger dilaporkan terjatuh ke dalam tali air itu.

Mereka cuba menyelamatkan anjing itu daripada dihanyutkan dengan berpegang pada jambatan yang tidak disedari mempunyai arus elektrik dibawahnya.

Hourmousuz (kiri) dan Schneider maut dalam insiden itu.

Sepupu kepada Schneider, Kelby Holland yang turut bersama mereka menghubungi 991 selepas insiden itu.

"Dia menyelamatkan anjing peliharaannya. Dia amat menyayangi Ranger. Saya cuba menyelamatkan mereka tapi gagal," katanya.

Sebelum polis tiba, Holland berjaya menarik Schneider, Hourmousuz dan Ranger keluar dari tali air berkenaan.

Schneider dan Hourmousuz bagaimanapun meninggal dunia di hospital pada malam Isnin manakala Ranger terselamat. - Metro.co.uk

tali air, renjatan elektrik

Artikel Lain