suria

Putera Harry, Meghan didakwa curi nama IG peminat Reading

Keiley (kiri) berkata dia tidak dimaklumkan mengenai perubahan tersebut.

SEORANG peminat bola sepak mendedahkan nama profil Instagram yang direka olehnya kini digunakan tanpa kebenaran oleh Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle.

Kevin Keiley dari Worthing, Barat Sussex memberitahu dia memilih @sussexroyal sebagai nama profil Instagramnya yang didaftarkan sebelum ini.

Akaun itu dicipta sebagai platform untuk dia memberikan sokongan kepada pasukan Reading yang turut dikenali sebagai Royals.

Malah Keiley berkata tiada siapa bertanya kepadanya mengenai perkara itu.

"Apa yang perlu mereka lakukan adalah memaklumkan saya menerusi emel bahawa pasangan diraja itu mahu menggunakan nama profil tersebut dan saya akan berikannya.

Pasangan diraja itu memuatnaik satu posting simbol monogram dengan nama mereka pada Selasa.

"Namun ia dilakukan dibelakang saya dan mereka melakukannya tanpa kebenaran saya," katanya kepada ITV.

Keiley berkata dia menyedari perkara itu apabila anak lelakinya menghantar mesej mengenai pengumuman yang dibuat pasangan diraja terbabit di akaun IG tersebut.

Ketika mendaftar masuk dia mendapati nama profil IG yang digunakannya selama bertahun-tahun ditukar kepada @-sussexroyal-.

Dalam pada itu, Instagram memaklumkan pihaknya mengubah daftar nama milik Keiley kerana dia tidak aktif di laman sosial itu.

Keiley berkata dia sering menggunakan akaun tersebut untuk melihat gambar dan video yang dikongsi pengguna lain.

Putera Harry dan Meghan bakal menimang cahaya mata mereka beberapa minggu lagi.

Bagaimanapun Keiley masih menggunakan @sussexroyal sebagai daftar nama di laman Twitter.

"Saya boleh beritahu anda bahawa saya pernah mempunyai empat pengikut di Twitter. Namun dalam masa 24 jam ia mempunyai 198 pengikut.

"Apa yang saya cuba lakukan adalah terus membuat hantaran jadi mereka tidak boleh mengambil alihnya jika ia aktif. Saya tidak tahu apa dalam perancangan pasangan diraja itu," katanya.

Harry dan Meghan menjadi pemilik akaun terpantas yang mendapat satu juta pengikut selepas melancarkan akaun Instagram mereka pada Selasa. - Metro.co.uk

Artikel Lain