suria

Tarrant dibicara menerusi pautan video, diarah jalani pemeriksaan mental

Tarrant semasa hadir kali pertama di sebuah mahkamah di Christchurch, bulan lalu.

PENGGANAS yang melancarkan serangan di dua buah masjid di Christchurch sehingga mengorbankan 50 nyawa direman sehingga 14 Jun.

Brenton Harrison Tarrant muncul menerusi pautan video dari Auckland di Mahkamah Tinggi Christchurch pagi Jumaat.

Hakim Cameron Mander mengarahkan pemeriksaan mental dilakukan untuk menentukan keadaan kesihatan defendan bagi mengemukakan rayuan.

Mander berkata ia adalah prosedur biasa.

Tarrant memakai pakaian penjara berwarna kelabu dan digari sepanjang perbicaraan selama 20 minit itu.

Polis New Zealand mengawal perkarangan masjid selepas insiden pengganas 15 Mac lalu.

Warga Australia berusia 28 tahun itu ditahan pada 15 Mac lalu selepas menembak mati kira-kira 50 jemaah di dua masjid di Christchurch.

Terdahulu Tarrant berkata dia mahu mewakili dirinya dan tidak mahu membuat sebarang rayuan.

Dia didakwa dengan 50 pertuduhan bunuh manakala 39 lagi pertuduhan cubaan membunuh.

Tarrant kelihatan tenang dan ada ketika dilihat memandang sekeliling bilik.

Dia dijangka hadir semula ke mahkamah pada 14 Jun depan selepas mahkamah memerintahkannya supaya menjalani pemeriksaan mental. - ABC.net.au

Artikel Lain

Pelajar boleh bawa telefon ke sekolah?