suria

Dua beradik ditekap seterika panas gara-gara habiskan ayam goreng KFC ibu

Dua kanak-kanak itu kini dijaga oleh pihak berkuasa tempatan di Randfontein, Afrika Selatan.

SEORANG guru di Afrika Selatan hairan apabila melihat kesan hitam di atas tangan dua muridnya.

Selepas membuat laporan polis, siasatan mendapati dua beradik itu melecur akibat ditekap dengan seterika panas oleh ibu mereka.

Lebih teruk, mereka diperlakukan sedemikian gara-gara menghabiskan ayam goreng KFC wanita itu.

"Kami dapat tahu ini semua kerana ayam KFC semata-mata.

"Dia cari ayam dan mendapati ia sudah dimakan, dia tekap seterika atas tangan dan paha.

"Ujar cikgu, kanak-kanak itu macam ketakutan," kata Sarjan Carmen Hendricks, pegawai polis West Rand.

Kini, dua kanak-kanak itu berada di bawah perlindungan pihak berkuasa tempatan di Randfontein.

Identiti ibu mereka bagaimanapun tidak didedahkan. - Daily Star.

ayam goreng kfc, ibu kejam, dera

Artikel Lain