suria

Cahaya misteri di langit, pengunjung resort dakwa UFO berlegar-legar 15 minit

Pergerakan cahaya yang didakwa terhasil sewaktu UFO berlegar-legar di lokasi itu.

SEORANG pelancong Argentina yang bercuti di Brazil mendakwa terlihat objek terbang tidak dikenali (UFO) di resort inapannya.

Menerusi kejadian di Buzious, selatan Brazil, Valentina sempat merakam peristiwa itu yang berlaku pada waktu malam.

Tambahnya lagi, objek itu terbang berlegar-legar sekitar 15 minit sehingga menghasilkan pergerakan cahaya di ruang udara.

"Mengejutkan, ini bukan dron atau bunga api. Mereka berlegar-legar 15 minit merentasi langit Buzios," tulisnya di media sosial.

Sehingga kini, pihak berkuasa Brazil belum membuat sebarang kenyataan berhubung peristiwa itu.

Menurut seorang lagi saksi, dia juga terlihat cahaya berwarna hijau dalam bentuk pergerakan yang sama, persis rakaman video oleh Valentina.

Dalam pada itu, Buzios mula menjadi lokasi pelancongan terkenal selepas pelakon Perancis, Brigitte Bardot dirakam bercutidi sana pada tahun 1964.

Lokasi popular itu mempunyai 20 pantai. - Daily Star.

ufo, buzios, valentina, pantai

Artikel Lain