suria

Video wanita tolak ciuman seorang lelaki pada acara tahun baharu tular

TULAR reaksi menjengkelkan yang ditunjukkan oleh seorang wanita terhadap lelaki yang cuba menciumnya pada acara sambutan tahun baharu.

Dalam rakaman tular itu, lelaki berkenaan mencuba nasib apabila bertindak mencium seorang wanita berambut perang dan rakaman itu disiarkan dalam rancangan TV Top 2000 Live, NPO Radio 2, sebuah stesen penyiaran Belanda.

Tetapi wanita itu mundur dan jelas jijik dengan tindakan lelaki itu di depan kamera.

Momen yang menjengkelkan itu disedari oleh seorang pelajar Amerika di Belanda yang menyiarkannya dalam talian.

Dia menulis: "Saya harap permulaan 2019 anda lebih baik berbanding lelaki ini."

Postingnya mendapat lebih dari 55,000 ulang kicau dan 211,000 tanda 'suka' dalam masa beberapa jam selepas berada dalam talian. Ia telah ditonton sebanyak 9.15 juta kali setakat ini.

Seorang netizen bergurau: "Wahai kawan. Ia satu ciuman, bukan satu hidangan." -Evening Standard

cium, tahun baharu, jengkel

Artikel Lain