suria

Petisyen bantah rangkaian 5G, saintis dakwa frekuensi radio berupaya 'bunuh' manusia

PERKEMBANGAN teknologi menyaksikan pelbagai pembaharuan diperkenalkan saban tahun.

Terbaharu, telefon pintar pertama di dunia yang dilengkapi rangkaian 5G dikatakan bakal dikeluarkan pada tahun ini.

Namun, berita itu ternyata tidak menggembirakan semua pihak apabila sekumpulan saintis bertindak membuat petisyen bagi menghalang penggunaan rangkaian berkenaan.

Sehingga kini, 30,000 saintis, doktor dan ahli organisasi alam sekitar sudah menurunkan tandatangan mereka menerusi laman web 5gspaceappeal.org.

Dalam petisyen itu, mereka memohon Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) agar menghentikan pembangunan rangkaian 5G dalam kadar segera.

Ujar mereka, rangkaian itu berupaya mengancam kesihatan manusia berikutan penggunaan frekuensi radio yang tinggi.

"5G akan meningkatkan pendedahan frekuensi radio, lebih tinggi daripada rangkaian 2G, 3G dan 4G.

"Frekuensi radio sememangnya terbukti berisiko untuk manusia dan alam sekitar," ujar mereka yang menandatangani petisyen tersebut.

Bagaimanapun, WHO dalam satu respon balas berkata, biarpun sudah banyak kajian dilakukan sejak dua dekad lalu, sehingga kini tiada bukti yang mengatakan wujud kesan bahaya akibat penggunaan telefon bimbit.

Dalam pada itu, syarikat telekomunikasi juga dikatakan bersedia untuk memperkenalkan rangkaian itu, dalam tempoh dua tahun lagi.

Dengan rangkaian 5G, pengguna bakal menikmati internet berkelajuan tinggi dan pelbagai manfaat lain.

"Penggunaan 5G akan meningkatkan tahap radiasi di bumi sehingga tiada siapa dapat mengelakkan diri, di mana-mana sahaja.

"Biarpun dinafikan risikonya, bukti mengenai bahaya radiasi sudah jelas diperkatakan," ujar pengelola kempen itu, Arthur Firstenberg. - Daily Star.

5G, Internet

Artikel Lain