Ajaib! Bayi masih hidup selepas terperangkap lebih 30 jam dalam runtuhan, suhu -17C - Dunia | mStar

Ajaib! Bayi masih hidup selepas terperangkap lebih 30 jam dalam runtuhan, suhu -17C

-fotoAP

SEORANG bayi lelaki berusia 11 bulan yang diselamatkan dari runtuhan blok apartmen di bandar Magnitogorsk, Rusia berada dalam keadaan sedar tetapi 'sangat serius'.

Kementerian Kesihatan negara berkata dia mengalami 'frosbite' yang teruk, cedera di kepala dan patah beberapa tulang kaki.

Bayi tersebut yang dikenal pasti sebagai Ivan, telah dipindahkan ke Moscow untuk rawatan.

Ibunya juga terselamat dalam kejadian runtuhan disyaki berpunca dari letupan gas, yang membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang.

Seramai 32 yang lain masih hilang.

Ivan ditemui selepas terperangkap dalam runtuhan blok pangsapuri lebih dari 30 jam pada suhu bawah takat beku.

-fotoAP

Dia ditemui dalam keadaan sedang berbungkus dengan selimut di dalam katilnya di kediamannya yang terletak kira-kira 1,695km di timur Moscow, di mana suhu siang hari sekitar -17C.

Seorang penyelamat, Pyotr Gritsenko menceritakan bagaimana bayi itu yang pada awalnya disangka seorang gadis, dijumpai.

"Kami pastikan suasana senyap sunyi supaya kami dapat mendengar jika ada bunyi atau tidak," katanya kepada saluran TV Rusia, Rossia 24.

"Salah seorang penyelamat dalam kumpulan kami, Andrei Valman, mendengar bunyi tangisan berhampiran bahagian yang tidak runtuh.

"Selepas itu, kami hentikan bunyi semua peralatan untuk mendengar dan dapat kepastian. Apabila kami kata 'diam' bayi itu bertindak balas dan dia turut. Apabila kami kata, 'kamu di mana?' dia mula bertindak balas.

"Ketua kami yang lebih berpengalaman berkata, di situlah tempat kami akan bekerja dan mengarahkan kami membuat carian di kawasan runtuhan itu."

-fotoAFP

Pihak berkuasa sebelum ini mengumumkan bahawa mereka terpaksa menghentikan carian sehingga bangunan tidak stabil itu diperiksa.

"Mustahil untuk terus bekerja dalam keadaan seperti itu," ketua kementerian kecemasan Yevgeny Zinichev dilaporkan berkata.

Untuk memeriksa bangunan itu, masa kira-kira 24 jam akan diambil, Sarah Rainsford dari BBC melaporkan kira-kira pukul 1 tengah hari waktu tempatan, Selasa.

Pihak berkuasa bergelut dengan masa untuk mencari mangsa yang selamat, dengan suhu dijangka turun mendadak.

Bangunan itu dihuni oleh 120 keluarga dan 48 unit runtuh dalam letupan itu.

"Saya terhaga dan dapat rasa diri saya jatuh," kata seorang saksi kepada televisyen Rusia, menurut agensi berita AFP.

"Dindingnya sudah hilang, ibu saya menjerit dan anak lelaki saya tertimbus."

Rabu telah diisytiharkan sebagai hari berkabung di Magnitogorsk dengan bendera diturunkan dan acara hiburan dibatalkan. -BBC

runtuh , bangunan , takat beku

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain