suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angka kematian tsunami Selat Sunda meningkat 43 orang, 584 lagi cedera

JAKARTA: Agensi bencana Indonesia mengesahkan angka kematian bencana tsunami yang melanda kawasan pantai sekitar Selat Sunda di antara kepulauan Sumatera dan Jawa meningkat kepada 43 orang dan mencederakan 584 orang.

“Kami merumuskan laporan tsunami di Selat Sunda, melanda kawasan Serang, Pandeglang dan Lampung Selatan,” kata ketua agensi di Pandeglang, Endan Permana kepada Metro TV pada Ahad.

Menurut Permana, gelombang tsunami itu dipercayai mempunyai kaitan dengan letusan awal gunung berapi Anak Krakatau.

Katanya, dalam kejadian yang berlaku malam Sabtu, beratus-ratus rumah rosak dan puluhan dilaporkan hilang.

"Ramai hilang. Agensi masih lagi mengumpul maklumat dan terdapat kemungkinan angka kematian dan kerosakan akan meningkat," katanya.

Menurut kenyataan dari Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), gunung berapi Krakatau meletus kira-kira pukul 9 malam dan tsunami melanda setengah jam kemudian. - Reuters 

tsunami, Selat Sunda

Artikel Lain