Suspek guna dron di lapangan terbang sehinga 140,000 penumpang terkandas akhirnya ditahan

Dron itu dikesan pada pukul 10 malam Jumaat. - Mirror UK

SEORANG lelaki dan wanita ditahan atas kesalahan menyebabkan kekacauan di Lapangan Terbang Gatwick, United Kingdom kerana menggunakan dron.

Insiden itu turut menyebabkan 1,000 penerbangan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan sekali gus membuatkan 140,000 penumpang terkandas untuk menyambut Krismas.

Suspek terbabit ditahan atas kesalahan 'penggunaan jenayah dron' dan menyebabkan gangguan meluas terhadap penerbangan.

Polis Sussex berkata, seorang lelaki dan wanita ditahan di kawasan Gatwick kira-kira pukul 10 malam Jumaat.

Sementara itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Lapangan Terbang Gatwick pada pagi Sabtu berkata, landasan masih dibuka tetapi penumpang diminta untuk memeriksa dengan syarikat penerbangan mereka sebelum memulakan perjalanan.

Penumpang yang terkandas menunggu perkembangan di dalam kawasan terminal. - PA

Penerbangan dari lapangan terbang kedua terbesar di UK itu dihentikan sementara selama lebih satu hari selepas sebuah peranti dikesan berada dalam perimeter kawasan tersebut pada Rabu, iaitu sekitar pukul 9 malam.

Lapangan terbang dibuka sepenuhnya pada Jumaat selepas puluhan ribu penumpang terkandas akibat insiden itu dan pihak polis mengatakan bahawa siasatan proaktif sedang dijalankan ketika itu.

Sejumlah penerbangan yang sepatutnya tiba di Gatwick pada Sabtu juga telah dibatalkan.

Menurut laman web lapangan terbang berkenaan, ia melibatkan perkhidmatan penerbangan EasyJet dari Milan-Linate dan penerbangan TUI dari Bridgetown, Barbados.

Peralatan ketenteraan digunakan pada Jumaat untuk menghentikan gangguan dron sementara pelbagai taktik sedia dilakukan jika terdapat pesawat tanpa kawalan dilihat masuk ke dalam perimeter.

Satu peralatan yang dipercayai telah dihantar ke lapangan terbang tersebut adalah sistem Dome Drone yang dibangunkan oleh Israel, yang dapat mengesan pesawat menggunakan radar. - Mirror UK

Lapangan Terbang Gatwick, dron

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain