suria

Buru rusa secara haram, lelaki ini dihukum tonton kartun Bambi selama setahun

Berry ditahan kerana memburu rusa secara haram bersama keluarganya. - Reuters)

SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman menonton kartun Disney 'Bambi' sekurang-kurangnya sebulan sekali selama setahun, setelah ditangkap memburu ratusan rusa secara haram.

David Berry Jr, 29, dari Brookline, Missouri, telah diperintahkan untuk menonton filem animasi itu setiap bulan semasa penahanannya selama setahun.

Berry Jr bersama bapa dan adik-beradiknya telah ditahan kerana melakukan skim pemburuan haram selama beberapa tahun.

Ia dikatakan menjadi kes pemburuan terbesar dalam sejarah Missouri.

Bambi adalah kartun Disney yang diterbitkan pada 1942. - Disney

Mereka didapati bersalah kerana melanggar beberapa undang-undang pemburuan termasuk memburu di luar musim, menggunakan senjata terlarang seperti lampu untuk membutakan sementara mata rusa dan membunuh rusa ketika menaiki kenderaan yang sedang bergerak.

Peguam Don Trotter berkata: "Rusa adalah trofi yang diambil secara haram, kebanyakannya dilakukan pada waktu malam untuk mengambil kepala haiwan itu dan seterusnya meninggalkan bangkainya begitu sahaja."

Berry mengaku bersalah di atas jenayah tersebut dan menerima hukuman penjara selama setahun.

Hakim Robert George pula memerintahkan agar Berry menonton filem Walt Disney berjudul Bambi sekurang-kurangnya sekali sebulan selama dia dipenjarakan.

Dalam filem klasik keluaran 1942 itu, ibu Bambi disembelih oleh pemburu dan meninggalkan anaknya yang masih kecil untuk membesar dengan sendiri. - Mirror UK

Bambi

Artikel Lain