suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

20 maut, 165 cedera tsunami landa Selat Sunda

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 20 maut selepas tsunami melanda pantai di sekitar Selat Sunda, awal pagi Ahad.

Agensi Mitigasi Bencana Indonesia melaporkan seramai 165 lagi cedera dan puluhan bangunan terjejas dalam kejadian itu.

Sementara itu, Agensi Meteorologi dan Geofizik berkata kejadian itu disebabkan runtuhan tanah di bawah laut dari Anak Krakatau.

Anak Krakatau merupakan sebuah pulau gunung berapi yang terbentuk sejak bertahun-tahun lamanya dari gunung berapi Krakatau yang kali terakhir meletus pada Oktober lalu.

"Saya terpaksa berlari menyelamatkan diri ketika ombak membadai pantai dan kawasan tanah pada ketinggian 15-20 meter," kata Oystein Lund Andersen di Facebooknya.

Semasa kejadian, dia mengambil gambar gunung berapi sebelum ombak besar tiba-tiba menghampirinya.

"Ombak kedua memasuki kawasan hotel tempat saya tinggal dan kereta ditenggelami air. Dapat menyelamatkan diri bersama keluarga saya ke kawasan tinggi. Kami dijaga oleh penduduk setempat. Kami tidak cedera, syukur," katanya. - APnews

tsunami, Selat Sunda

Artikel Lain