Perbuatan tidak senonoh dalam pesawat bawa padah, warga India akan diusir selepas 9 tahun penjara

MODEL wanita ini sedang tidur dalam pesawat ke Detroit apabila tiba-tiba terasa ada sesuatu menyentuh tubuhnya.

Sebaik terjaga, dia melihat tangan lelaki di sebelahnya sedang melakukan perbuatan tidak senonoh ke atasnya selepas bertindak berani membuka butang baju dan zip seluarnya.

Mangsa berusia 23 tahun itu yang dalam penerbangan Spirit Airlines dari Las Vegas pada Januari lalu segera melaporkan kejadian itu.

Susulan itu, Prabhu Ramamoorthy didakwa dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun sebelum diusir pulang ke negara asalnya.

Ketika kejadian, Ramamoorthy, 35 duduk di tengah antara mangsa dan isterinya yang bersamanya sejak bekerja di Amerika Syarikat bermula 2015.

Pasangan itu dalam perjalanan pulang selepas melancong ke Grand Canyon.

Ketika perbicaraan, mangsa yang enggan memberi keterangan hanya mengikutinya dari kerusi umum di mahkamah, sambil ditemani teman lelaki dan anjing peliharaannya.

Pendakwa raya, Matthew Schneider menganggap mangsa seorang wanita berani apabila tampil bagi mempertahankan maruah dirinya.

"Setiap orang berhak untuk memastikan mereka dalam keadaan selamat ketika dalam penerbangan dan kami menghargai mangsa yang berani tampil melaporkan kejadian," katanya.

Bagi peguam bela tertuduh, James Amberg pula, hukuman yang dikenakan terhadap anak guamnya akan memberi kesan jangka panjang terhadap kehidupan Ramamoorthu dan isterinya.

"Hidupnya kini telah musnah," kata Amberg.-India Today

Ramamoorthy, Detroit, Grand Canyon

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain