Pembunuh bersiri AS masih ingat setiap kejadian libatkan 90 mangsa

CHICAGO: Pembunuh bersiri paling prolifik dalam sejarah Amerika Syarikat yang kini berusia 78 tahun disahkan telah membunuh lebih 40 individu.

Pasukan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memaklumkan, Samuel Little mengaku melakukan sehingga 90 pembunuhan antara 1970 hingga 2007 dengan menyasarkan penagih dadah dan pelacur.

Pendakwa raya di Daerah Ector, Texas, Bobby Bland di mana Little ditahan mendedahkan, sekurang-kurangnya enam pengakuan telah disahkan sejak dua minggu lalu, menjadikan jumpa pembunuhan lebih 40 setakat ini.

"Dia bercakap mengenai pelbagai perkara dan kes yang berlaku sehingga 50 tahun lalu. Dia juga berikan maklumat mengenai setiap kejadian pembunuhan itu dan setakat ini setiap kenyataan yang diberikan adalah benar," demikian kata Bland kepada AFP.

Little juga mengaku bersalah membunuh Denise Christie Brothers di Odessa pada 1994, kes yang membongkar pembabitannya dalam kes lain, sekali gus membawa kepada penahanannya.

Laporan terdahulu menyebut, Little mengingati setiap mangsanya dan boleh memperincikan setiap kejadian pembunuhan itu.

Jika semua 90 pengakuan Little disahkan, penjenayah itu akan menjadi pembunuh bersiri itu akan dijatuhi hukuman berat.

Sebelum itu, Bland pernah bersetuju untuk menarik hukuman mati terhadap Little, bagaimanapun ia sekarad konsesi untuk mendapatkan kepercayaannya.

Little akan dipindahkan ke California di mana dia sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup atas tiga kes bunuh.

Bekas petinju yang juga dikenali sebagai Samuel McDowell pertama kali ditahan di rumah kebajikan di Kentucky pada 2012 dan diekstradisi ke California untuk berdepan pertubuhan kes dadah dua tahun kemudian.

Ketika itu, bukti DNA telah mengaitkannya dengan tiga kes bunuh yang berlaku antara 1987 hingga 1989 di mana mangsa dipukul dan dicekik.-Bangkok Post





Little, Bland, FBI

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain