Pokok menyerupai bentuk lembu 'gemuk' kerana elak tumbuh melepasi garisan kuasa elektrik

Pokok yang kelihatan seperti seekor lembu. - Foto SCOTT HAMMOND/STUFF

SEORANG wanita dari Marlborough, New Zealand, Tamara Neame terkejut ketika melihat ada pokok yang menyerupai bentuk seekor haiwan. 

"Oh My Gosh, itu bentuk seekor lembu pada sebuah pokok."

Dua pokok yang mempunyai bentuk rimbunan daun aneh telah mencipta ilusi optik seekor lembu yang gemuk.

Neame sedang memandu di Dillons Point Road di Blenheim ketika dia mula-mula melihat pokok itu.

"Saya fikir, hei, pokok itu kelihatan seperti seekor lembu," kata Neame.

Dia telah menunjukkan gambar ilusi optik tersebut kepada rakan sekerjanya dan mereka turut bersetuju bahawa bentuk pokok berkenaan memang menyerupai seekor lembu.

Fenomena pareidolia dipanggil bagi menerangkan tentang keadaan di mana seseorang itu melihat perkara seperti muka atau corak dalam objek seperti bentuk yang kita nampak pada awan.

Jurucakap Majlis Daerah Marlborough berkata, manusia melihat apa yang mereka mahu lihat, tetapi bentuk lembu itu memang tidak disengajakan.

Sementara itu, arboris Marlborough Tree Care, Mike English berkata, punca pokok itu mempunyai permukaan atas yang rata adalah untuk mencegahnya daripada tumbuh melepasi garisan kuasa elektrik.

Beliau juga bersetuju bahawa pokok itu menyerupai seekor lembu. - Stuff NZ

pokok, lembu

Artikel Berkaitan

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain