Atuk 'sporty' pakai kostum ketat setiap hari, aksinya seperti harimau bintang

Mi Youren mengamalkan pergerakan seperti harimau bintang, sebagai sebahagian latihan kecergasannya. Foto Ruptly

SEORANG warga emas dari Jinan, China begitu gemar memakai kostum harimau bintang yang ketat, dilengkapi dengan ekor dan telinga.

Mi Youren yang berusia 68 tahun mengamalkannya untuk rutin kecergasan dengan mencipta sendiri pergerakan seperti haiwan yang tangkas itu.

Setiap hari, Mi Youren akan memakai kostum harimau bintangnya dan pergi ke taman di kampung halamannya di bandar Jinan untuk melakukan 'latihan kecergasan harimau bintang'.

Dia berjalan, berlari dan menaiki tangga menggunakan kedua-dua tangan dan kakinya di atas tanah.

Kedudukan tangan dan kakinya turut ditegangkan bagi merasai ketahanan pergerakan seperti harimau bintang.

Dia bukan sahaja menjadikan senaman itu untuk kelihatan cergas, tetapi pada masa sama menghiburkan orang ramai yang ditemuinya.

Mi Youren mengamalkan latihan kecergasan harimau bintang selama 18 tahun, dan sebahagian gaya senamannya itu membuat dia mengekalkan tubuh badan yang menarik bagi usianya itu.

"Sebab mengapa saya mencipta latihan kecergasan gaya harimau bintang ini kerana saya ingin tahu mengenai harimau bintang dari Afrika mengejar binatang seperti rusa, selepas saya menonton rancangan Animal World (Dunia Haiwan) di TV," kata Mi Youren kepada Ruptly TV.

"Saya melakukan latihan ini di dataran dan taman, di mana saja saya pergi dan orang ramai amat menyukai saya!," katanya. - odditycentral

Mi Youren, harimau bintang

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain