suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Derita ekzema selama 20 tahun berakhir, wanita dedah amalan bantu lawan penyakit

Perubahan wajah Camille Knowles.

SEORANG wanita yang menderita ekzema selama 20 tahun akhirnya menemui jalan keluar dari penyakit itu.

Camille Knowles, 27, dari Manchester didiagnos dengan penyakit itu sewaktu berusia enam tahun.

Jurulatih kecergasan dan chef itu mengalami ekzema kronik dan ia menyerang hampir seluruh tubuhnya dari tangan, kaki, belakang badan dan wajah.

Setelah bertahun mencuba pelbagai rawatan termasuklah pengambilan steroid, dia mula mengubah kaedah rawatan sewaktu berusia 22 tahun.

Ujar Camille, dia berhenti mengambil alkohol dan hanya mengambil makanan berasaskan tumbuhan dan sentiasa mandi air garam pada waktu petang.

Kejayaan kaedah itu hasil perubahan gaya hidup ternyata membawa tuah apabila Camille kini menerbitkan buku mengenainya.

Tambah wanita itu, dia berjaya menghapuskan penyakit itu dengan mengubah diet, gaya hidup serta kaedah penjagaan wajah.

"Kini, saya sedar, elakkan makan gluten, susu dan gula benar-benar membantu kulit saya. Saya hanya makan hidangan berasaskan tumbuhan dengan sedikit daging organik dan ikan.

"Saya juga ikut kemahuan badan saya. Jika stress, saya elakkan kopi tapi minum teh atau air lemon.

"Saya juga gembira mencuba serta mencipta resepi baharu yang sihat dan semulajadi," katanya.

Tambah wanita itu lagi, dia juga mengamalkan minuman tapaian kombucha.

"Saya tahu minum alkohol boleh membawa impak negatif terhadap kulit saya.

"Salah satu minuman kegemaran saya ialah kombucha. Ia memberi rasa semulajadi," ujarnya.

Malah, Camille turut memberitahu dia melakukan senaman seperti larian dan renangan sebagai gaya hidup sihat dalam memerangi penyakit itu. -

Daily Mail.

 

Ekzema, Camille Knowles

Artikel Lain