suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat maut helikopter tentera terhempas

Empat tentera terbunuh dan seorang cedera dalam nahas tersebut. - Foto ANADOLU/GETTY IMAGES

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya empat askar terbunuh manakala seorang lagi cedera parah selepas sebuah helikopter tentera terhempas di kawasan kediaman di Istanbul pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.

Berdasarkan rakaman video disiarkan NTV, helikopter malang itu terhempas di kawasan kediaman di daerah Sancaktepe di bahagian Asia bandar berkenaan.

Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya berkata dalam satu kenyataan bertulis: "Sebuah helikopter tentera terhempas semasa menjalani sesi latihan, punca kejadian belum diketahui."

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas.

NTV mendakwa helikopter itu terhempas selepas melanggar bumbung sebuah bangunan semasa cuba membuat pendaratan cemas akibat kerosakan teknikal. - Bernama

helikopter terhempas

Artikel Lain