suria

Wanita alami muntah 100 kali sehari sejak lima tahun lalu

Keadaan kesihatan Griffiths disebabkan oleh pembuluh darah di perutnya yang termampat.

SEORANG perunding pengurusan pernah muntah sebanyak 100 kali sehari, sebelum menjalani pembedahan untuk merawat penyakitnya itu.

Rebecca Griffiths dari Maidenhead, Berkshire di England mengalami kes sindrom kitaran muntah yang teruk.

Wanita berusia 31 tahun itu mula muntah secara tidak terkawal sejak lima tahun lalu.

Kehidupannya menjadi terganggu dan hanya boleh terbaring di atas sofa serta tidak boleh berpisah dengan mangkuk untuk menahan muntah itu.

Dia juga tidak dapat berkerja atau makan, selain terpaksa berulang alik ke wad kecemasan sekali seminggu.

Selepas terpaksa bergantung kepada ibu bapanya untuk menjaganya sepenuh masa, keadaan Griffiths akhirnya berubah apabila seorang pakar bedah di Jerman melakukan pembedahan ke atasnya.

Enam minggu selepas itu, episod muntah Griffiths berkurang secara dramatik dan dia berharap untuk melakar masa depan yang lebih cerah.

"Saya tidak boleh makan, saya tidak boleh minum, saya pada dasarnya hanya berbaring di atas sofa, dengan selimut dan mangkuk dan itulah hidup saya, setiap hari untuk lima tahun yang lalu". - Mail Online

Artikel Lain