suria

Salah tetapan autopilot buat pesawat yang bawa 40 penumpang nyaris terhempas

Laporan AAIB mendedahkan punca kejadian yang menyebabkan pesawat Flybe menjunam selepas 18 saat di udara. - Foto Publicity Picture

KESILAPAN autopilot yang berlaku menyebabkan sebuah pesawat Flybe yang membawa 40 penumpang, jatuh 152 meter dalam masa 18 saat.

Insiden menakutkan itu berlaku sebaik sahaja pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Belfast pada Januari, menurut laporan yang didedahkan oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB).

Penetapan yang salah telah dikatakan menjadi punca pesawat itu hampir jatuh ke tanah.

Bunyi loceng kokpit menyedarkan kapten pesawat terbabit dan juruterbang tentang keadaan yang berlaku.

Mereka kemudian melaporkan mereka nampak daratan ketika ia berlaku.

Sebuah laporan menyatakan, mod autopilot ditetapkan ketika pesawat Bombardier Dash 8 Q400 mencapai altitud 411 meter pada 11 Januari.

Pesawat itu kemudian terus terbang naik 457 meter ke udara, namun ia menjunam dengan laju kerana penetapan autopilot yang salah dengan sasaran altitud kepada kosong meter.

Kapten mematikan autopilot dan berjaya mengembalikan pesawat kepada keadaan selamat.

AAIB merumuskan pemilihan kru kapal terhadap mod autopilot tertentu sebelum berlepas menjadi punca kejadian itu berlaku.

Sistem autopilot selalunya digunakan untuk mengawal kapal terbang secara automatik.

Pengendali penerbangan telah mengambil beberapa langkah keselamatan sebagai tindak balas terhadap insiden tersebut, termasuk semakan kepada latihan simulator dan pindaan kepada senarai semakan pra-lepas juruterbang. - Mirror UK

pesawat

Artikel Lain