Guru tersalah tayang video lucah sebelum melangkah keluar kelas

Guru tersebut segera mengawal situasi kelas itu apabila melihat video tidak senonoh ditayangkan daripada komputer ribanya. - Foto Liveleak

BEIJING: Seorang guru di China melalui detik memalukan apabila rakaman video seks dimainkan melalui pancaran alat projektor pada akhir sesi pembelajaran.

Guru terbabit memainkan sebuah video untuk tontonan pelajar kelasnya sebelum meninggalkan kelas tersebut ketika ia sedang dimainkan.

Malangnya, guru berkenaan telah memainkan video yang salah, lapor Daily Mail.

Guru itu sedar dengan kesilapannya ketika dia terdengar bunyi kecoh datang dari kelas tersebut.

Kelas berkenaan riuh dengan suara pelajar lelaki bersorak dan menjerit kerana video porno dimaikan di layar skrin ketika guru itu masuk semula ke dalam kelas.

Terkejut dengan apa yang dilihatnya, guru tersebut bergegas ke arah komputer riba yang disambungkan dengan projektor itu untuk menghentikan video lucah berkenaan.

Insiden itu turut dirakam oleh salah seorang pelajar dan ia dimuat naik ke laman sosial.

Seorang pelajar wanita yang duduk di barisan depan dilihat menutup wajahnya dengan buku nota kerana malu dengan situasi itu.

Video tersebut dimainkan selama 30 saat, lapor Metro.

Kejadian itu mungkin tidak berlaku untuk tempoh yang pendek, namun ia sudah tentu mencalarkan reputasi guru terbabit. - The Star

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain