suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

100 'ahli sihir' berlumba papan luncur sempena Halloween

Acara itu diadakan sempena sambutan Halloween 2018.

KEMERIAHAN sambutan Halloween diraikan dengan cara yang agak berbeza apabila 100 'ahli sihir' wanita berlumba papan luncur di Sungai Willamette, Portland, Sabtu lalu.

Selain memakai kostum penuh bertemakan ahli sihir, penampilan itu dilengkapkan dengan penyapu terbang yang sinonim dengan karakter itu.

Namun, ia digunakan sebagai pendayung bagi menggerakkan papan luncur yang dinaiki kumpulan wanita berkenaan.

Lebih menarik, perlumbaan itu berlangsung sejauh 10 kilometer, satu jarak yang agak jauh dan mencabar buat mereka.

Mereka berlumba sejauh 10 kilometer dalam acara pada Sabtu lalu.

Untuk rekod, acara itu mula diketengahkan sekitar dua tahun lalu dengan beberapa orang peserta sahaja.

Pada tahun ini ia mencatat rekod baharu dengan 100 penyertaan.

Selain perlumbaan itu, peserta juga menderma stokin, pakaian dalam dan baju kepada organisasi tempatan bagi membantu golongan miskin sebelum perlumbaan diadakan.

Acara berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran orang ramai di sepanjang tebing sungai yang hadir untuk memberi sokongan.- Miami Herald.

Halloween, Ahli Sihir

Artikel Berikut

Artikel Lain