suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lion Air: Penyelam kesan isyarat 'ping' dalam laut

Antara serpihan Lion Air yang ditemui setakat ini.

PASUKAN mencari dan menyelamat nahas Lion Air menemui petunjuk baharu apabila mereka berjaya mengesan isyarat 'ping' di perairan negara itu.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengarah Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Haryo Satmiko menerusi satu pesanan ringkas kepada CNN.

Biarpun sudah berjaya mengesan isyarat ping, pihaknya masih memerlukan bantuan teknikal untuk mengenal pasti kedudukan sebeanr pesawat dan kotak hitam.

Sebilangan kecil serpihan pesawat serta sebahagian mangsa sudah pun ditemui, namun badan pesawat yang terhempas pada pagi Isnin lalu itu masih belum ditemui.

Pada Rabu, pasukan penyelam berjaya mendengar isyarat ping dalam laut, lapor agensi mencari dan menyelamat BASARNAS.

"Kami boleh nampak sesuatu, ia seperti sebahagian badan pesawat.

"Kami juga mendengar pengesan ping. Tapi kami tak nampak lagi kotak hitam sebab arus dalam laut agak kuat," ujar ketua BASARNAS, Muhammad Syauqi.

Sementara itu, Lion Air memaklumkan sudah memecat pengarah teknikal syarikat mereka.

Tiada sebarang sebab pemecatan diberikan namun ia dipercayai merupakan arahan daripada kementerian pengangkutan negara itu.- Edition.CNN

Lion Air, Ping

Artikel Lain