suria

Lelaki tawar khidmat seks dengan anjing ditahan pihak berkuasa

Lelaki itu menawarkan perkhidmatan seks dengan anjing menerusi Internet.

SEORANG lelaki Thailand ditahan pihak berkuasa kerana menawarkan perkhidmatan seks dengan anjing kepada pelanggannya.

Damrongpol Sanmuang, 52, ditahan di kediamannya di wilayah Sarapee pada Rabu.

Ia susulan laporan polis yang dibuat oleh pihak Watchdog Thailand.

Lelaki yang ditahan pihak berkuasa itu menafikan dia terlibat dalam menawarkan perkhidmatan tersebut.

Damrongpol bagaimanapun menafikan tuduhan berkenaan.

Dalam pada itu, laporan polis turut disertakan dengan bukti video yang memaparkan seorang lelaki sedang merogol seekor anjing, di tebing sungai.

Video itu dimuat naik ke Internet oleh Damrongpol sambil mengiklankan khidmat seks dengan haiwan berkenaan.

Antara paparan skrin posting yang dimuat naik oleh lelaki itu.

Malah, dia turut memaklumkan bahawa terdapat harga yang perlu dibayar pelanggan jika mereka mahu melakukan hubungan seks dengan anjing yang disediakannya.

Menurut pihak berkuasa, lelaki itu sebelum ini berlakon membuat kerja-kerja amal, kononnya dia memelihara anjing-anjing jalanan yang terbiar.

Namun sebaliknya, dia dikatakan memelihara haiwan berkenaan bagi membolehkan ia digunakan sebagai 'objek seks' untuk pelanggannya yang mempunyai nafsu terhadap haiwan. - The Nation/Asia News Network.

 

Anjing, Thailand

Artikel Lain