suria

Meghan terpaksa tangguh hamil

SEJAK bergelar suami isteri tiga bulan lalu, Meghan Markle dan Putara Harry memberi bayangan bahawa mereka mahukan anak sebagai penyeri rumah tangga mereka.

Peminat pasangan kerabat diraja Britain itu turut teruja menanti khabar gembira daripada mereka.

Namun khabar gembira itu tidak akan berlaku dalam masa terdekat kerana Meghan, 37, terpaksa menangguhkan hasratnya untuk hamil atas sebab tertentu.

Duke dan Duchess of Sussex itu dijangka memulakan lawatan kerajaan pertama bersama pada musim luruh ini.

Mereka akan mengadakan lawatan ke Australia, Fiji, Tonga dan New Zealand.

Walaupun NHS berkata kebanyakan wanita boleh melancong dengan selamat ketika mengandung, gejala alahan amat biasa berlaku di awal kehamilan.

Gejala alahan amat teruk dalam tempoh 12 minggu pertama dengan beberapa wanita termasuk Duchess of Cambridge mengalami alahan teruk.

Dalam tempoh itu, wanita hamil mengalami keletihan melampau.

Gejala itu mungkin sukar dilalui Meghan yang mungkin sibuk dalam beberapa bulan akan datang.

Malah risiko keguguran juga tinggi dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan.

Menurut The Sun, kerabat diraja yang sedang hamil dinasihatkan untuk tidak ke luar negara atas sebab keselamatan.

Putera William dan isterinya, Kate Middleton juga perlu menunggu sedikit masa untuk mendapatkan anak.

Mereka mengumumkan bakal menimang cahaya mata 19 bulan selepas berkahwin di Wesminster Abbey pada April 2011.

Meghan Markle, Putera Harry

Artikel Berikut

"Anakku masih hidup"

Artikel Lain